Saturday, March 20, 2010

bengang 5

Cerita bengang lagi..................... Minggu lepas sekolahku di odit.Aku dah bagitahu Kerani cuti bedah apendix,tapi juruodit tu nak datang juga buat odit ,ape nak buat aku pun sibuklah tepon kerani ,kesian dia,dahlah mengandung kena bedah pulak.masalahnye semua akaun disediakan oleh kerani.kureng asem betul odit.sebenarnye dah 3 tahun sekolahku odit diurus dengan baik tanpa syarat atau teguran.sepatutnye tahun ni dapat Odit terbaik.Tapi punya sengal punya odit. dia keluarkan surat teguran kerana cek pelanggan tidak di tunai setelah 3 bulan sepatutnye dah jadi cek mati ,tapi pihak sekolah masih tidak masukkan balik tunai ke buku tunai dan lajur dalam paskom tak betul. iks...iks.. punya la kerani aku tu bagus masih tak betul juga.tak apela tak dapat anugerah pun tak apelah.ape boleh buat kerani sakit.aku pun bukan ngidam sangat anugerah tu.
Besuknyebila aku tepon kerani yang tengah sakit tu,kerani kata cek boleh laku 6 bulan bukan 3 bulan.punyelah aku bengang ape ni juruodit pun taktahu cek sekarang boleh laku 6 bulan dia tak tahu,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,sebenarnye aku pun taktahu.kurang2nye aku bukan juruodit.ceh! juruodit memalukan........................tak habis lagi besuknye dia tepon nak dokumen itu,ini,minit mesyuarat itu ,ini. masa dia odit tu dia tak semak ke betul2.Bengang betul.Kalau tak bagi anugerah cakapla taknak bagi. jangan sengaja mencari salah,Semua dokumen ada dalam fail yang diberi padanye.agaknye juruodit ni nak sessuatu ke .isk...isk....................bengang....................tak sedar masa dia tepon tu aku maki dia depan atuk mawi.........he.....he......

Thursday, February 11, 2010

benggang 4

ciss.... hari ni betul2 aku bengang tahap gaban.......kate orang mude.......Kontrak Kebersihan sekolah menonong masuk bilikku datang marah2 PK1 sekolah.Dia kata PK1 tu disekolah lama semua orang taksuka dia kerana cakap kureng adap dan memerintah tak berdiplomasi.Ini kali kedua dia datang kebilikku marah2 sejak PK1 bertukar kesekolah ini.last2 dia kate aku beri markah kebersihan cuma 8/10 je sedangkan sekolah cina dan tamil beri dia 10/10 markah.mane aku tak benggang.aku kata kalau takpuas hati tentang PK1 cakap terus terang padanya ,jangan aku jadi tempat melepaskan geram.apabila PK1 datang kebilikku dia boleh tukar tiun ,berkata dengan lembut.Ciss ni aku geram.. aku pun hentak meja beb....Hah tadi marah2....ni ngape dah slow,takutke ngan PK1. ape kau ingat saya ni lembut kau sesuka hati nak herdik aku.Mulai dari sekarang saya tak mau tenguk muka kau lagi.ape2 hal kau jumpa PK1 atau PKHem.ada faham..........................mendidih betul darahku.......................... dah perangai PK1 tu macam tu macamne saya nak buat.saya bukan Tuhan nak ubah perangai orang.Suaranye kuat kurnian Tuhan mane saya boleh tukar............Heh tahun depan aku nak pencen...................................................

Monday, January 11, 2010

Benggang 3

Bila aku benggang je baru aku ade mood nak tulis blog semoga luahan ini mengurangkan tekanan darah tinggiku.dah seminggu sekolah sesi tahun 2010 dibuka.Hari pertama sekolah dengan semangat berkobar2 aku pergi sekolah ,almaklumlah sekolah dapat bangunan baru.Ibubapa penuh menghantar anaknye pergi ke sekolah. tapi tahun ni aku kempunan nak tengok murid tahun 1 nangis. semuanye dah bijak dan berani tak mahu menangis lagi macam tahun lepas adelah sorang.
Yang buat aku bengang tu ialah datanglah Pegawai PPD . Aku pun laporkan yang kerusimeja takcukup kerana bangunan baru 2 minggu diserahkan dan JPN tak sempat hantar kerusimeja.Apa lagi menyingga dia marahkan aku sebab tak talipon kat PPD kerusimeja tak cukup.Dia kata aku memandai2 buat satu sesi tanpa pengetahuan PDD.Sebenarnya sekolah aku tu bukan dua sesi ,cuma bila bangunan dibina semula aku buat 2 sesi.Orang tengah marah aku diam je le.Ye le tu aku salah.sebenarnye murid tu pun kerusi cukup cuma mejanye pakai meja kantin sementara bekalan baru tiba entah bila. Meja kerusi lama dulu aku dah sedekahkan kepada sekolah Agama Rakyat.sekarang aku pulak minta sedekah kat sekolah Cina. Kitakan satu Malaysia kan..kan...kan....Petang tu kerahan tenaga guru2 aku. nasib baik semua guru2 ku baik dan sporting ,berpeluh2 kami angkat kerusi meja ke tingkat 3 memenuhkan 6 kelas.Alhamdullillah.Terimakasih cikgu2 Vasanthi,Noraini,Santahkumar,Vijayan,Foong, Philomena,Komala,Khairul,Zainal,Ikmal,Saibatul.Hafiz.Haslina,Anne Magaret,Uz.Faizah,Norsiah, Aziati,Salamiah,Mariamal,Siti Zauyah,Zaitun Mat,Zaitun Taib,Asni,Hamidah,Fauziah, Regina dan Ruby kalau ade yg tertinggal haraf maaf.Yang penting KERJASAMA .