Monday, January 11, 2010

Benggang 3

Bila aku benggang je baru aku ade mood nak tulis blog semoga luahan ini mengurangkan tekanan darah tinggiku.dah seminggu sekolah sesi tahun 2010 dibuka.Hari pertama sekolah dengan semangat berkobar2 aku pergi sekolah ,almaklumlah sekolah dapat bangunan baru.Ibubapa penuh menghantar anaknye pergi ke sekolah. tapi tahun ni aku kempunan nak tengok murid tahun 1 nangis. semuanye dah bijak dan berani tak mahu menangis lagi macam tahun lepas adelah sorang.
Yang buat aku bengang tu ialah datanglah Pegawai PPD . Aku pun laporkan yang kerusimeja takcukup kerana bangunan baru 2 minggu diserahkan dan JPN tak sempat hantar kerusimeja.Apa lagi menyingga dia marahkan aku sebab tak talipon kat PPD kerusimeja tak cukup.Dia kata aku memandai2 buat satu sesi tanpa pengetahuan PDD.Sebenarnya sekolah aku tu bukan dua sesi ,cuma bila bangunan dibina semula aku buat 2 sesi.Orang tengah marah aku diam je le.Ye le tu aku salah.sebenarnye murid tu pun kerusi cukup cuma mejanye pakai meja kantin sementara bekalan baru tiba entah bila. Meja kerusi lama dulu aku dah sedekahkan kepada sekolah Agama Rakyat.sekarang aku pulak minta sedekah kat sekolah Cina. Kitakan satu Malaysia kan..kan...kan....Petang tu kerahan tenaga guru2 aku. nasib baik semua guru2 ku baik dan sporting ,berpeluh2 kami angkat kerusi meja ke tingkat 3 memenuhkan 6 kelas.Alhamdullillah.Terimakasih cikgu2 Vasanthi,Noraini,Santahkumar,Vijayan,Foong, Philomena,Komala,Khairul,Zainal,Ikmal,Saibatul.Hafiz.Haslina,Anne Magaret,Uz.Faizah,Norsiah, Aziati,Salamiah,Mariamal,Siti Zauyah,Zaitun Mat,Zaitun Taib,Asni,Hamidah,Fauziah, Regina dan Ruby kalau ade yg tertinggal haraf maaf.Yang penting KERJASAMA .

No comments:

Post a Comment