Tuesday, December 15, 2009

Bapaku

Ahad 13 .12.2009 adik lelakiku Mohd Kashim kenduri sambut menantu.Pengantin lelaki persis mewarisi wajah bapaku yang telah tiada. Ijat hanya satu-satunye yang mewarisi wajah bapaku. Hatiku terusik,baginilah putaran hidup kita manusia.yang muda meneruskan kehidupan ,berkawin,beranak dan yang tua akan menanti detik2 kematian ,cepat atau lambat ia pasti tiba.Aku mewarisi wajah ibuku,anak lelakiku satu-satunye mewarisi wajah bapanya.Enam anak perempuan tak ada yang mewarisi wajah bapaku.Dua orang anak aruah abangku juga tiada yang mewarisi wajah bapaku.
Bapaku tok sidang ,guru kompang,dan jika Kiyai Siraj menyuruh bapaku jadi imam dimasjid mengantikannye,aku sangat bangga kerana suara bapaku sangat merdu mengalun membaca surah2 dalam solat.
Kini hampir 35 tahun bapaku tiada.Hari perkahwinanku pun tak sempat dia hadiri.tapi wajahnye tetap dalam ingatanku terutama apabila melihat wajah Ijat.Biarkan masa terus berlalu,biarkan waktu terus berputar.akupun tak lama untuk menjejaki mu bapa .......................................................