Saturday, August 15, 2009

H1N1

anak aku kat USM disyaki H1N1 .seminggu dia demam panas,selsema dan batuk. pagi sabtu dia telepon kata dia dimasukan wad dan masuk 3 botol air kerana panas bahan melampau tinggi.aku apalagi panik semacam.aku terus terjah ke penang tinggalkan LDP disekolah.Sampai di Tol penang baru aku tepon anak kat wad hospital besar penang ke, anak aku kata cuma diwad USM. mujur ......... aku kan tahu sangat nak redah pi Hospital penang tu. sampai kat USM anak aku call dia dah boleh balik .Doktor kata kurantin kat bilik. Aku ajak balik Ipoh. dia setuju. sepanjang perjalanan bukan dia yang pakai mask,tapi aku pulak.lantaklah.asal aku selamat. Alhandulillah rumah ku luas lah sikit.aku kurantin anak ku di satu bilik. aku pulak kurantinkan diri dibilik aku sebab kata orang kalau dah tua daya ketahanannya kurang.ape2 pun aku cuma berusaha sambil tawalkal. 2 hari kemudian selepas sembahyang isyak aku terlelap.tetiba badan aku rasa panas semacam luar biasa rasanya,tekakku pula rasa sakit. aku bangun kedapur minum air dua kole besar dan telan panadol. aku rasa panik aku tepon suami aku kat sandakan minta doakan kesihatan aku.suami aku tu rajin sembahyang malam ,aku je yang malas ,padan muka aku.he..he..rasanya aku akan mati kut nama aku akan tersenarai dalam kematian H1N1. satu malam aku tak boleh tidur sebab asik kebilik air dah minum 2 kole air tadi. ............................... itulah akibatnye kalau dah panik.Alhamdulillah berkat doa suamiku agaknye aku masih hidup. Amin..........................................

1 comment: