Thursday, May 28, 2009

dato panglima kinta


Hari ni aku baru balik ke sekolah setelah 4 hari berkursus.Wah macam2 cerita dan kejadian terjadi.
ade bapa mengamuk kerana saat akhir anaknya tak dihantar motivasi ke Pangkor. Jenuhlah kami minnta maaf.Aku dah kira kalau aku pencen umur 55 Jun 2010 pencen dapat RM 2200 sebulan Ganjaran dapat 110 ribu .rasanya cukuplah. Pening nak mengadap parent ni.Pantang kita salah sikit dah mengamuk.Zaman kita dulu cikgu bagi penampar jepun pun kita diam je.Teringat masa aku darjah 6. Kakakku tak bagi pergi latihan netball, dia suruh aku pergi cari tempurung kelapa untuk memasak.Esuknya depan perhimpunan cikgu Musa bagi penampar jepun kat aku sebab tak datang latihan netball.Hoi berdengung dua hari tak hilang.Bila dah kawin aku cerita kat suami aku dia yang takboleh maafkan cikgu musa.Rupanya dia pun ade cerita dengan cikgu Musa yang teramat garang ni .lai n kali aku cerita.cerita nya kelakar juga tapi kena minta izin dia baru boleh cerita.

No comments:

Post a Comment